Friday, November 9, 2012

Apabila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk.


WANITA  : siapakah yang paling kamu cintai di dunia ini ?
LELAKI    : KAMU!!

WANITA  : menurut kamu saya ini siapa ?

LELAKI    : ( berfikir sejenak, lalu menatap WANITA itu dengan pasti )

KAMU TULANG RUSUKKU.
" kerana Allah melihat adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,  Allah telah ambil tulang rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang, dan saat menemukan wanita untuknnya, tiada lagi merasakan sakit di hatinya.... "


 


Setelah berkhawin, pasangan itu mengalami masa yang manis dan pahit untuk sementara.. setelah itu pasangan itu, mula tenggelam dalam kesibukan masing - masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi mmbosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuatkan mereka menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran mereka menjadi semakin PANAS. sehingga pada suatu hari pada akhir pertengkaran WANITA itu lari dari rumah. Saat tiba di seberang jalan , dia berteriak.. "kamu tidak cintakan saya lagi !! "


LELAKI yang sangat membenci ketidakdewasaan WANITA itu secara spontan juga berteriak.. " saya MENYESALI perkhawinan ini ! kamu ternyata bukan tulang rusukku ! "

Tiba-tiba wanita diam dan berdiri kaku untuk beberapa saat..










LELAKI menyesali apa yang telah dilafazkan.. tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk dicedok kembali. Dengan berlinangan air mata, WANITA kembali kerumah dan mengambil barang-brang kepunyaannya dan bertekad ingin berpisah... "kalau saya bukan tulang rusukkmu, biarkan saya pergi, biarkan kita berpisah mencari pasangan SEJATI masing-masing ".

Lima tahun berlalu. Lelaki masih belum berkhawin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA yang telah pon berpindah ke luar negara tetapi sudah pon kembali. Dia pernah berkhawin dengan seorang lelaki asing tetapi tidak lama dan sudah pon bercerai. LELAKI kecewa kerana wanita itu tidak menunggu sepertinya...


Dan di tengah malam yang sunyi.. sedang lelaki meminum kopi dan merasakan sakit di HATINYA, tetapi LELAKI tidak sanggup mengtakan yang die merindukan WANITA.


Suatu hari,mereka akhirnya bertemu kembali, di airport, tempat dimana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan..



LELAKI : apa khabar ?


WANITA : Baik.... kamu sudah menemukan tulang rusukmu yang hilang ?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikutnya dan akan kembali ke Malaysia lagi 2 minggu. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.. kamu tahu nombor telefon saya kan ? Tidak ada yang berubah.




Wanita tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "selamat tinggal awak... "


Satu minggu kemudian, lelaki menerima khabar WANITA adalah salah seorag korban dalam kejadian Menara WTC, tulang rusukknya sendiri dengan BODOHNYA telah dia patahkan sendiri.


 Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada org yang kita cintai. Dan akibatnya adalah PENYESALAN. Seringkali penyesalan itu datang di kemudian hari, akibatnya stelah kita menyedari kesalahan kita, semuanya sudah terlambat.
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang kita cintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengcapkan sesuatu pikirlah dahulu.. apakah kata-kata yang kau ucapakan akan menyakiti orang yang dicintai..? kira akan menyakiti org yang kita sayang baik jangan pernah dilafazkan.
 Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang bakal diterima... ?

 siapa agak-agaknya tulang rusuk zakiah ???  wallahuallam.. masih lagi mencari- cari dan menanti pemilik tulang rusuk zakiah datang menemui ku *ecewah ayat zakiah* hahha.. :) 

"Seperit mana pon esok, senyumlah... kerana senyuman PENAWAR segala kepahitan. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita pada esok hari dan seterusnya." 

Lots of love from zakiah <3