Tuesday, December 4, 2012

Ape ye 8 Ciri-ciri perempuan yang Lelaki suka ??





Assalamualaikum semua... 

memandang hari nie zakiah cuma ade satu kelas je.. and selebihnya membazir waktu mengadap laptop tanpa haluan.. so,zakiah nak cakap skit pasal kriteria2 yang llki suka.. msti korang pelik kang knpe zakiah cerita psal ciri2 perempuan yang llki suka.. sedangkan zakiah perempuan.. knpe zakiah tak cerita pasal ciri2 llki yg perempuan suka.. ke zakiah sonsang?? oi ! mngarut.. Astarfirullahalazimm..lansung x terlintas nak sonsang tau x..perempuan asli ok.. hahha.. ok, abaikan, zakiah dah start mngarut.. 

bermulanya yg zakiah terfikir nak buat entry pasal ialah.. smalam ade la conversation with this one guy nie..*kawan ok* borak pasal kasar, ayu bagai nie.. and zakiah cakaplah yang zakiah nie sebenarnya perwatakan kasar orangnya*kecik2 dlu zakiah tomboi sbnarnya* tak suka pakai baju kurung and dress bagai nie.. seluar jeans je zakiah sarung and t-shirt + cap.. after that ikut abg pergi main bola,panjat pokok... *zaman dulu2, geleng kepala sendiri* dan perwatakan zakiah tu sedikit sebanyak terbawak smpi sekarang.. hehe! mungkin sbb tu kot zakiah masih single and lone ranger .. sbb sifat kasar tu masih ade dlm diri ni.. masih perlu diperbaiki.. :P 

kepada gadis, cewek, awek diluar sana.. nak tau ape sifat perempuan yang llki suka..yang kita mungkin x tau..ok, Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

zakiah mungkin tak sempurna dari semua segi and aspek kat atas nie untuk dimata seorang llki.. tapi zakiah masih belajar untuk memperbaiki untuk bakal "suami" *ecewah! haha! cuma zakiah pasti satu sahaja.. Lelaki yang mencintai kita dengan setulus hatinya.. die dapat menerima kekurangan dan kelebihan pasangan die dengan ikhlas... walaupon kasar.. dan sbnrnya perempuan yang kasar nie sebenarnya hanya orang2 tertentu je yg boleh nampak manjanya..:) 

*sekadar menambah pengetahuan kita semua.. :) 

Lots of love from zakiah <3